fbpx

JPJ siasat video tular naik mikromobiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video tular memaparkan tiga individu menaiki kenderaan mikromobiliti di jalan raya di Melaka

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka sedang menyiasat tindakan tiga individu yang menaiki kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya seperti dalam video tular berdurasi 18 saat baru-baru ini.

Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, tindakan tersebut adalah satu kesalahan serius dan boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Kami memandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang melanggar undang-undang. Perbuatan menunggang kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter dan hoverboard di atas jalan raya melanggar Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333],” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“Perintah Larangan Kenderaan (Penggunaan Jalan) (Pindaan) 2021 berkuat kuasa sejak 17 Disember 2021 jelas menyatakan beberapa jenis kenderaan mikromobiliti tidak dibenarkan di jalan awam. Antaranya e-skuter, hoverboard, monowheel, segway dan basikal elektrik tanpa kelulusan jenis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI