fbpx

EPL: Penyerang Bournemouth terlepas hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVANILSON terlepas hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas FA England menerima rayuan dikemukakan oleh Bournemouth. - AFP

LONDON – Penyerang Bournemouth, Evanilson berjaya mengelak hukuman penggantungan tiga perlawanan biarpun dilayangkan kad merah ketika menentang Manchester United di Stadium Vitality hujung minggu lalu.

Pemain Brazil itu dibuang padang selepas didakwa melakukan terjahan keras terhadap Noussair Mazraoui selepas pengadil merujuk Video Bantuan Pengadil.

Pengadil perlawanan, Peter Bankes memutuskan untuk melayangkan kad kuning kedua sekali gus menyebabkan Evanilson dibuang padang biarpun terjahan tersebut berlaku kerana dia tergelincir.

Bournemouth membuat keputusan untuk mengemukakan rayuan dan Persatuan Bola Sepak (FA) England menerimanya menyebabkan hukuman penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan terhadap Evanilson ditarik balik.

“Suruhanjaya bebas yang mendengar rayuan tersebut memutuskan untuk membatalkan hukuman penggantungan tiga perlawanan tersebut kerana insiden berkenaan berlaku tanpa disengajakan,” menurut kenyataan FA England.

Biarpun Evanilson terlepas hukuman berkenaan, The Cherries terpaksa menanggung padah ketika aksi berkenaan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh selama 20 minit ketika mendahului dengan satu gol.

Kehilangan seorang pemain menyebabkan Bournemouth gagal mempertahankan kelebihan berkenaan apabila United berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Rasmus Hojlund pada masa kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI