fbpx

Digitalisasi sekolah dalam kem selaras agenda nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM39,000 dari Timbalan Eksekutif Perbankan Komuniti, Kumpulan Affin Bank Berhad, Mohamad Fairuz Mohd Radi (kiri) kepada Guru Besar SK TUDM Subang, Zatul Bazamah Abu Bakar (kanan) pada Majlis Pelancaran Affin Digital Space iaitu sebahagian daripada Program Digitalisasi SDK hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SUBANG – Kementerian Pertahanan komited memperkukuh sistem pendidikan anak-anak anggota tentera menerusi inisiatif digitalisasi sekolah dalam kem selaras agenda nasional yang menjadi teras kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketika ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, program digitalisasi itu direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama Affin Bank menerusi penubuhan Green Lab dan Affin Digital Space di tiga buah sekolah dalam kawasan kem tentera pada tahun ini.

Menurut beliau, Sekolah Kebangsaan (SK) TUDM Subang merupakan lokasi kedua pelaksanaan inisiatif tersebut selepas SK Kementah dan bakal disusuli SK Sultan Sir Ibrahim di Kluang, Johor.

“Inisiatif ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM94,000 yang ditaja sepenuhnya oleh Affin Bank.Tumpuan diberikan kepada sekolah-sekolah dalam kem kerana majoriti muridnya terdiri daripada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Usaha ini bukan sahaja membina bakat digital pelajar, malah membantu menggilap potensi mereka dalam bidang teknologi seiring keperluan ekonomi digital negara.

“Inisiatif ini turut menyokong Dasar Pendidikan Digital yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2023 serta menyahut pelan strategik Fokus 4: Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Digitalisasi Sekolah Dalam Kem di SK TUDM Subang, di sini hari ini.

Tambah Adly, pembinaan studio digital berkenaan mengambil masa setahun, merangkumi pembangunan infrastruktur, penyediaan sistem pentadbiran serta latihan kepada guru dan pelajar.

“Kita mulakan dengan tiga sekolah dahulu sebagai projek rintis dan akan menilai keberkesanannya sebelum diperluaskan ke 27 sekolah lain dalam kem tentera di seluruh negara.

“Matlamat utama ialah memastikan sekolah-sekolah ini tidak terpinggir daripada arus transformasi pendidikan digital negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI