fbpx

Air celup tangan ustazah jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menerima sjeumlah wang kertas selepas mencelupkan jarinya ke dalam air. - Instagram

JAKARTA – Seorang ustazah di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana dibayar wang yang banyak dengan hanya mencelupkan jarinya ke dalam botol mineral, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di sebuah sekolah pondok di Jember, wilayah Jawa Timur baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @demendolan menunjukkan wanita itu berbual di telefon sambil mencelupkan jarinya ke dalam botol minuman milik beberapa tetamu.  

Lebih mengejutkan, dia menerima sejumlah wang kertas bagi setiap celupan.

Rakaman itu mencatatkan lebih 78,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Zaman sekarang masih ramai yang tidak bijak,” kata seorang netizen. 

“Ini geng ‘walid’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI