fbpx

Kisah Bidaah kerap terjadi di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Banda Aceh. - Foto AFP

JAKARTA – Kisah yang dipaparkan dalam drama popular, Bidaah didakwa banyak berlaku di wilayah Aceh, lapor portal berita Komparatif.ID.

Drama tersebut menyajikan skandal seorang guru agama  yang mengamalkan ajaran sesat.

Aktivis kemanusiaan Lembaga Bantuan Hukum Aceh (LBH), Siti Farah berkata, isi penceritaaan dalam drama bersiri itu hampir sama dengan realiti yang terjadi di wilayah Indonesia itu.

“Adegan seperti tangan dicelup dan airnya diminum atau zikir disisipi nama guru agama sesat tersebut, benar-benar terjadi di lapangan,” katanya dengan nada emosional.

Siti mendedahkan data yang dikumpulkan dari LBH Aceh bahawa sejak 2018 hingga 2024, terdapat 34 kes kekerasan seksual yang terjadi di Aceh dengan 4 daripadanya terjadi dalam lingkungan pendidikan agama.

Dia menyatakan demikian dalam diskusi dengan tema ‘Filem Bidah & Mangsa Seksual di Aceh’ yang diadakan baru-baru ini.

Terbitan produksi Rumah Karya Citra milik penerbit terkenal, Erma Fatima,  ia muncul sebagai drama paling popular di platform penstriman Viu Malaysia dan di Indonesia selama lima minggu berturut-turut.

Ia turut menjadi popular dalam kalangan pengguna TikTok apabila watak Walid lakonan Faizal Hussein mencetuskan ‘trend’ parodi di Indonesia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI