fbpx

[VIDEO] ‘Steady bang, kak…hati-hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri mencuri perhatian orang ramai apabila membawa sebuah baldi bersaiz besar sambil menaiki motosikal.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri mencuri perhatian orang ramai apabila membawa sebuah baldi bersaiz besar sambil menaiki motosikal, dipercayai sejurus selepas membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya.

Menurut perkongsian di TikTok oleh @Farhatunfattah, pasangan itu dilihat tidak menghiraukan keadaan sekeliling meskipun membawa barangan bersaiz besar di atas motosikal.

“Yang penting dapat barang kita nak, bawa cara macam mana itu nanti kita fikir,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya terhibur dengan kreativiti pasangan tersebut, yang tidak menjadikan motosikal sebagai penghalang untuk membawa pulang barangan keperluan.

“Steady bang (abang), kak (kakak)…hati-hati itu, moga selamat semuanya,” kata Azyan.

“Kalau aku pun buat macam ini. Bukan orang tahu pun aku dalam baldi,” komen @Suhannabtkhairus.

“Aku yakin orang yang paling malu adalah yang bawa motosikal,” ujar @Aidasyamimi pula.

“Waktu nak naik motosikal rasa nak beli macam-macam. Kita naik motosikal sebab rasa nak cepat,” kata @Acuieda. – KOSMO! ONLINE

@farhatunfattahYang penting dapat barang kita nak, bawak cara macam mana tu nanti kita fikir 😂

♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI