fbpx

Pengatur cara komputer tinggal dalam kereta 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yunlai sudah tinggal di dalam kereta empat tahun. - Foto Baidu

BEIJING – Seorang pengatur cara komputer mengejutkan orang ramai orang selepas tinggal di dalam kereta elektrik miliknya selama empat tahun di Shenzhen, China, lapor laman berita South China Morning Post hari ini.

Zhang Yunlai, 41, memilih cara hidup sedemikian bukan kerana mahu menjimatkan wang tetapi semata-mata kerana dia suka akan kehidupan seperti itu.

Yunlai yang berasal dari Yangjiang di wilayah Guangdong, berpindah ke Shenzhen untuk bekerja enam tahun lalu.

Pada mulanya, dia menjalani kehidupan rutin iaitu berulang-alik antara pangsapuri dan pejabatnya dengan membayar sewa kira-kira 2,500 yuan (RM1,500) sebulan.

Namun, pengalaman berkhemah di taman memberi inspirasi kepadanya untuk mengamalkan cara hidup baharu.

“Kereta elektrik membolehkan anda menggunakan pendingin hawa dan memuatkan tilam di dalam. Justeru, tidur di situ sebenarnya berasa cukup selesa,” kata Zhang.

Semasa hari bekerja, Yunlai makan di kafeteria syarikat, mandi di gimnasium dan memandu ke stesen pengecasan kereta. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI