fbpx

Atlet snuker, biliard diharap sumbang emas Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH Yeoh (tiga dari kanan) menandatangani plak merasmikan Akademi Biliard dan Snuker Wilayah Utara di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Atlet snuker dan biliard terutama dari Pulau Pinang diharap mampu menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Pulau Pinang terkenal melahirkan atlet cemerlang dengan kemudahan latihan seperti Akademi Biliard dan Snuker Wilayah Utara usaha melahirkan lebih ramai jaguh dapat dipertingkatkan.

”Kita semua tahu Pulau Pinang mempunyai atlet yang cemerlang dalam snuker dan biliard. ‘Jadi untuk Sukan SEA, sememangnya kita menaruh harapan bahawa atlet dari negeri ini akan bantu kita dapatkan pingat emas,” katanya selepas merasmikan Akademi Biliard dan Snuker Wilayah Utara di sini hari ini.

Menurut Hannah, Pulau Pinang juga telah menawarkan diri sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2027, dan beliau berharap dua jenis sukan itu turut dipertandingkan di negeri itu, bergantung kepada keputusan jawatankuasa penganjur kelak.

Dalam pada itu, Hannah berkata cadangan untuk membuka lebih banyak akademi snuker di negeri-negeri lain bergantung kepada komitmen kerajaan negeri dan tahap keaktifan persatuan di peringkat negeri.

”Untuk wujudkan satu pusat seperti ini bukannya murah. Majlis Sukan Negara (MSN) memberi peruntukan RM500,000 untuk peralatan manakala kerajaan negeri pula menyediakan RM1.3 juta untuk kerja ubah suai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI