fbpx

Tebatan banjir Sungai Golok siap dua tahun lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air Sungai Golok di Rantau Panjang yang melimpah semasa musim tengkujuh pada Disember lalu.

KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Sungai Golok dijangka siap dua tahun lebih awal pada 2028 berbanding 2030 mengikut jadual asal.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kelulusan mempercepatkan kerja-kerja itu dibuat selepas beliau mengemukakan permohonan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan pembinaan benteng itu dengan segera.

“Kerja-kerja fizikal bagi projek tersebut akan dimulakan secara menyeluruh sekali gus dapat memendekkan tempoh tanpa perlu mengikut turutan fasa-fasa pembinaan,” katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, tindakan tersebut mempercepatkan langkah mitigasi banjir untuk rakyat di kawasan berisiko.

Katanya, kerajaan negeri amat menghargai sokongan kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan kelulusan tersebut demi kesejahteraan rakyat Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI