fbpx
Tangkap layar memaparkan lelaki yang memegang beberapa beg tangan dipercayai milik saudara perempuannya.

[VIDEO] Selain tolong beli ais, ini satu lagi kelebihan orang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang memegang beberapa beg tangan dalam keadaan santai sambil menonton sesuatu di telefon pintarnya membuatkan orang ramai kagum.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Official_mrhan, ia memaparkan seorang lelaki berbaju kelabu yang kelihatan memegang beberapa beg tangan dipercayai milik adik-beradik perempuannya.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai kagum adalah reaksi tenang lelaki itu selain tindakan spontannya ketika memegang beg tangan tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ekspresi wajah lelaki berkenaan kerana setia menunggu pemilik-pemilik beg tangan tersebut.

“Ini mesti si bongsu, jadi mangsa buli kakak-kakak sekalian,” kata @Nurulliana.

“Masa bergambar sahaja nak pegang handbag, bila tengah beraya, menyembang rasa malas nak pegang sendiri, itu yang orang sekeliling jadi mangsa,” komen @NS.

“Selain tolong beli ais, ini satu lagi kelebihan orang lelaki,” balas @Lilawatie. -KOSMO! ONLINE

@official_mrhan♬ original sound – Antonio Altiparmak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI