fbpx

Tiada ‘magic mushroom’ dalam vape pelajar diserang sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Siasatan awal yang dijalankan ke atas kes seorang pelajar diserang sawan selepas menghisap vape di sebuah sekolah di sini semalam tidak menemui cecair jenis ‘magic mushroom’ di dalam peralatan tersebut.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, pelajar tingkatan tiga itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit sawan dan dipercayai mengalami serangan itu selepas menghisap vape.

“Siasatan awal didapati vape itu tidak mengandungi cecair magic mushroom dan pelajar terbabit memang ada penyakit sawan, namun kami masih menjalankan siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes seorang pelajar sebuah sekolah menengah yang diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape pada pagi semalam.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape dalam kejadian di sebuah sekolah, di sini.

Rose Aza berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar itu didapati keluar kelas tanpa kebenaran sewaktu menjawab peperiksaan kertas Bahasa Inggeris bersama dua rakannya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, guru yang mengambil tugasan mengawas di kelas itu kemudian melihat pelajar terbabit dipapah dua rakan masuk ke kelas dalam keadaan tanpa sedar dengan mulut berbuih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI