fbpx

Bomba beli 16 ekor anjing K9 dari UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dalam proses pembelian 16 ekor anjing pengesan (K9) bagi tujuan penggantian dan penambahan anjing K9 baharu pada tahun ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, keputusan pembelian anjing K9 baharu dari United Kingdom itu dibuat atas faktor sebahagian daripada anjing K9 sedia ada telah melepasi had kecerdasan maksimum iaitu 12 tahun.

“Kali terakhir pembelian untuk penggantian anjing K9 adalah pada tahun 2017 dan setakat ini anjing K9 sedia ada adalah sebanyak 20 ekor.

“JBPM telah mengenalpasti dua baka sesuai untuk pembelian anjing K9 baharu tersebut berdasarkan kepada nasihat dan pengalaman iaitu baka Spanish Labrador Ratriever dan English Springer Spaniel,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Menteri Besar, Negeri Sembilan bersama Warga JBPM Negeri Sembilan di Perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, di sini.

Menurut Nor Hisham, pihaknya akan mendapatkan anjing K9 yang sesuai dengan persekitaran dan keperluan latihan dalam cuaca tropika.

“Selain itu, ada juga perancangan untuk melatih sebahagian anak anjing tersebut di Malaysia dengan kerjasama Genting World Berhad, melibatkan latihan spesifik seperti disiplin dan kemahiran yang diperlukan untuk tugas K9,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI