fbpx

[VIDEO] ‘Abang jadi hero geng single’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan momen manis pasangan pengantin sebelum dihalang seorang lelaki.

PETALING JAYA – Aksi spontan seorang lelaki mendukung anaknya secara tiba-tiba telah mengganggu momen romantik pasangan pengantin yang sedang dirakam.

Menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Jiguminir, dia sedang merakam momen indah sewaktu pengantin perempuan mahu mencium pipi suaminya dalam satu majlis perkahwinan.

Namun, detik manis itu tidak sempat dirakam apabila seorang lelaki yang duduk di hadapannya bangun lalu mendukung anaknya, sekaligus menghalang pandangan kamera.

“Bila dunia tak nak bagi kerjasama,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan situasi tersebut yang disifatkan sebagai penyelamat maruah golongan bujang.

“Terima kasih abang, syukur maruah orang-orang single terbela,” komen @Bangdaih95.

“Abang itu dah tutup perkara yang orang single tak boleh lakukan,” seloroh @Ariefop2.

“Abang ini bekas presiden, dia faham perasaan geng-geng single,” usik @Yeiijam.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 23,700 tanda suka, 464 komen dan 6,099 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@jiguminirBila dunia tak nak bagi kerjasama 🙃, maleh ah

♬ original sound – Adrian Lo Dejavu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI