fbpx

RM300 juta dana kukuh insfratruktur digital, rangkaian internet di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota  Ismail menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Azmi (kiri) dengan Mohamad Salim di Dewan Kenangan Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama strategik kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi memperkukuh infrastruktur digital dan memperluas liputan rangkaian internet di negeri ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, menerusi kerjasama ini, pelbagai pelaksanaan inisiatif akan dilakukan dalam tempoh dua tahun mendatang termasuk memastikan kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mempunyai capaian internet yang kukuh, stabil dan menyeluruh.

“Ini akan melibatkan beberapa fasa yang pertama semestinya melibatkan aspek liputan internet, jadi kita hendak pastikan terutama kawasan JS-SEZ liputan internet yang mencukupi dan juga teknologi 5G dapat dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Kerajaan Negeri Johor dengan MCMC di Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan mencemar duli menyaksikan Majlis Pertukaran MoU tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI