fbpx

‘Baru tadi nampak tuan rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor aligator berdiri di hadapan pintu sambil mengintai ke dalam rumah. - Ring

TALLAHASSEE, FLORIDA – Pemilik sebuah rumah di negeri Florida merakam situasi cemas dua ekor aligator muncul di luar rumahnya sebelum salah seekor reptilia itu berdiri di hadapan pintu, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam satu rakaman video loceng pintu, dua ekor aligator pada awalnya dilihat berlegar-legar di anjung hadapan rumah.

Salah seekor daripada haiwan itu kemudian berdiri di hadapan pintu sambil mengintai ke dalam rumah, seolah-olah seperti seseorang yang menunggu pintu dibuka dari dalam.

Tidak dinyatakan situasi seterusnya, namun video itu dimuat naik di laman sosial Reddit dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Ia semakin bijak. Tidak hairanlah haiwan ini digelar dinosaur yang masih hidup,” kata seorang netizen.

“Anda tahu apa yang lebih menakutkan? Ia boleh memanjat pokok dan pagar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI