fbpx
IBU BAPA yang menggunakan duit raya anak bagi keperluan harian hukumnya haram menurut Ustaz Azhar Idrus. - GAMBAR HIASAN

Seksanya tunggu 25hb, ramai ‘pau’ duit raya anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEBIH dua minggu umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidilfitri, kini ‘kocek’ masing-masing mula kering.

Manakan tidak, dalam Ramadan dan Syawal lalu banyak benda telah diselesaikan untuk menyambut kemeriahan sambutan perayaan itu.

Ada yang beli baju raya berpasang-pasang, biskut raya berbelas bekas, itu belum yang berkeluarga pastinya kos yang digunakan berlipat kali ganda.

Sementelahan itu, ada yang terpaksa membayar cukai jalan kereta untuk pulang ke kampung seperti penulis yang berhabis untuk ‘roadtax’ kereta yang kebetulan tamat bulan Mac lalu.

Mungkin ada yang senasib dengan penulis terpaksa mengeluarkan kos lebih pada musim perayaan.

Bertabahlah kita, ‘korek’lah simpanan yang ada, gunakan tabung kecemasan sementara menunggu ‘25 hari bulan’ ini. Kutiplah dulu syiling selagi boleh.

Namun, nasihat penulis janganlah kita ‘pau’ duit raya anak kerana menggunakan duit raya anak untuk kegunaan sendiri adalah salah dan berdosa.

Memetik perkongsian penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, ibu bapa dilarang menggunakan duit raya anak masing-masing bagi membayar keperluan sendiri seperti membayar cukai jalan kereta selepas ‘sesak’ menyambut hari raya.

Jelas beliau, ibu bapa yang menggunakan duit raya anaknya bagi keperluan sendiri hukumnya adalah haram.

“Ramai mak ayah sekarang cakap, tidak mengapa sebab tu duit anak mereka sendiri, bagi yang tak ada ilmu kata macam tu lah, tapi sebenarnya haram.

“Jika guna juga, mak ayah itu wajib bayar balik, kaedah dia cuit raya anak itu adalah hak dia, kita tidak boleh ‘mencuri’ duit anak itu ditambah lagi jika anak itu belum baligh,” jelasnya.

Tambah Azhar, perlu diingat duit raya tersebut adalah hak serta harta kepada anak itu, manakala duit ayah adalah hak dan harta ayah, tidak boleh sesiapa yang ambil.

“Islam tak ajar ambil harta orang, anak hak dia, ayah dan mak juga hak dia. Mak tak boleh ambil duit anak, ayah tak boleh ambil duit anak, anak juga tak boleh ambil duit ayah dan mak dia.

“Kalau ambil untuk simpan tak apa, jangan ambil guna. Anak yang belum baligh tidak sah ambil izin dia.

“Sebab tu jika ada kematian duit sedekah orang ramai tidak boleh digunakan untuk tahlil jika si mati masih ada anak yang belum baligh,” katanya.

Justeru, bagi mengelakkan kita menjadi ‘pokai’ selepas raya, pakar kewangan ada berkongsi tips antaranya, menyisihkan sebahagian pendapatan untuk tabungan kecemasan agar keadaan kewangan lebih stabil pada masa hadapan.

Salah satu cara berkesan untuk menabung adalah dengan membuka akaun simpanan khas untuk Aidilfitri.

Dengan menyimpan wang di tempat yang terasing daripada akaun harian, ia mengurangkan risiko tergoda untuk menggunakannya bagi tujuan lain.

Setiap kali menerima pendapatan, cuba sisihkan sebahagian wang itu ke dalam akaun tersebut.

Pastikan jumlah simpanan ini mencukupi untuk memenuhi matlamat kewangan Aidilfitri, menabung secara konsisten adalah kunci untuk mencapai matlamat itu

Tetapkan sasaran harian atau mingguan untuk menabung, pasti raya tahun depan kita tidak akan ‘pokai’ lagi dan menghitung hari gaji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN