fbpx

China rakan yang rasional, stabil dan berprinsip – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Jinping menghadiri majlis makan malam di Seri Perdana, Putrajaya petang semalam.

PETALING JAYA – China tampil sebagai rakan yang rasional, stabil dan berprinsip dalam keadaan dunia kian mencabar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menghargai kestabilan itu dan akan terus menjadi sahabat China berpaksikan sejarah dan berwawasan masa depan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif global oleh China malah membuka ruang baharu untuk pembaharuan dan kerjasama.

“Saat dunia menyaksikan perubahan landskap geopolitik dan beberapa pihak meninggalkan prinsip tanggungjawab kolektif, inisiatif global yang diketengahkan China membuka ruang baharu,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau mengulangi rasa hormat dan penghargaan atas kepimpinan Presiden China, Xi Jinping yang lantang membicarakan soal prinsip perkongsian kemakmuran.

Menurut beliau, Jinping turut lantang dalam mengangkat nilai ketamadunan dan kemanusiaan sejagat.

Ujar beliau, prinsip dan pendirian Jinping berbeza dengan sikap segelintir negara yang mula meninggalkan prinsip perkongsian tanggungjawab.

“Sikap segelintir negara yang mula menghalakan keutamaan untuk mengasah perseteruan dan mempersenjatakan ekonomi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI