fbpx

Tiga beregu terbaik sandaran negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kanan) dan Wooi Yik masih segar dengan kejayaan menjuarai Kejohanan Badminton Asia pada Ahad lalu.

SKUAD badminton negara dijangka tidak berdepan banyak masalah dalam acara beregu lelaki pada saingan Piala Sudirman di Xiamen, China hujung bulan ini apabila mempertaruhkan tiga gandingan terbaik tanah air.

Pada edisi kali ini, Malaysia meletakkan sandaran terhadap tiga beregu dalam kelompok 10 teratas dunia termasuk Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, kehadiran tiga pasangan itu mampu menjadi nilai tambah buat Malaysia bagi meraih mata penting dalam acara tersebut.

“Ini hari pertama latihan dan masih ada baki lebih kurang dua minggu. Kita tengok baguslah kerana ini merupakan yang terbaik di Malaysia, jadi kehadiran tiga beregu ini memang bagus untuk pasukan.

“Pasukan lawan menjadi perhatian dalam saingan peringkat kumpulan ialah Jepun. Selepas itu ada Australia dan Perancis tetapi Perancis hanya hantar pasukan pelapis, jadi saya harap beregu lelaki boleh beri satu mata,” katanya.

Herry yang lebih dikenali dengan julukan Naga Api ditemui selepas tamat hari pertama kem latihan pusat skuad Piala Sudirman di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Pengendali dari Indonesia itu juga mungkin perlu melakukan penilaian sebelum menurunkan mana-mana beregu dalam perlawanan kerana ketiga-tiga gandingan memiliki corak permainan yang berbeza.

“Tiga beregu ini memiliki corak permainan yang berbeza, jadi sebelum diturunkan nanti, saya perlu tengok siapa lawan kami. Kita akan cuba sesuaikan dengan teknik permainan pemain lawan,” ujar Herry.

Malaysia tidak berdepan laluan sukar untuk melangkah ke pusingan kalah mati selepas diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara tiga kali, Jepun, Australia dan wakil Eropah, Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI