PETALING JAYA – Sebuah universiti di utara tanah air kini berdepan krisis air yang serius sehingga terdapat dakwaan pelajar kampus berkenaan pengsan.
Difahamkan, isu ketiadaan air sejak lebih seminggu itu menjejaskan keselesaan para pelajar seperti yang ditularkan di dalam sebuah video di TikTok.
Menerusi video berkenaan memperlihatkan terdapat pelajar terpaksa menaiki ambulans untuk menerima rawatan.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, ramai meluahkan rasa simpati dan kebimbangan terhadap nasib pelajar-pelajar yang terjejas.
Netizen menggesa pihak universiti tersebut untuk mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani krisis itu, termasuk cadangan untuk menangguhkan kelas secara fizikal dan menggantikannya dengan pembelajaran dalam talian.
“Kesian anak-anak tak mandi, tak basuh baju, seminggu sangat lama,” komen @roseita65.
“Taman saya setahun air sangkut-sangkut, faham sangat perasaan pelajar-pelajar situ,” kata @sha_gadiskurung.
“Tiada air, kenapa tak benarkan pulang dan buat kelas online sahaja sehingga keadaan pulih atau tutup saja universiti,” ujar @rozanaishak71.
“Tiada air semasa datang bulan sangat mengerikan ya,” komen @maksud_tersirat.
“Kita pula risau fikirkan anak-anak ini, mana dengan ada masalah kesihatan. Semoga dipermudahkan urusan, moga isu ini dapat perhatian,” kata @bellaboothinstant. -KOSMO! ONLINE