fbpx

Kerajaan Selangor nafi penempatan sementara mangsa Putra Heights ‘terpencil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borhan pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Sementara Kepada mangsa Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan Sepang hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

SEPANG – Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya lokasi rumah sewa sementara bagi mangsa insiden letupan gas Putra Heights di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan di sini terletak di kawasan terpencil.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, buat masa ini, lokasi itu dilihat paling sesuai kerana mempunyai unit kosong untuk disewa.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai beberapa unit kediaman lain berdekatan lokasi insiden, namun semuanya telah disewa kecuali di Pangsapuri Seri Suria ini.

“Sebenarnya kita melihat di mana ada kekosongan (unit kosong). Kami di Selangor ada beberapa tempat lain tetapi ia telah dipenuhi dengan penyewa.

“Tapi yang ada betul-betul kosong adalah di Pangsapuri Seri Suria, lagi pun dari Putra Heights ke sini lebih kurang 30 kilometer,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Sementara kepada mangsa Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan Sepang di sini tadi.

Menurut Borhan, pihaknya juga melihat ada mangsa-mangsa yang dahulunya berulang alik dari rumah mereka ke kawasan ini untuk bekerja, manakala kediaman yang disediakan juga lengkap dengan fasiliti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI