fbpx

Jalur Gemilang bukan sekadar kain bercorak warna-warni – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bendera adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara.

Titah Seri Paduka Baginda, bendera bukan sekadar kain corak berwarna-warni, tetapi mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Agong itu dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Semalam Kosmo! melaporkan, akhbar Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di akhbarnya baru-baru ini.

Sin Chew memaklumkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China dikatakan tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.

Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI