fbpx

Ahli Parlimen Raub, Pengerusi Samka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YU HUI (dua dari kiri) dan Wilson Chang (kanan) bersama peguam mereka yang hadir di IPD Raub hari ini bagi memberi keterangan hari ini.

RAUB – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang ditahan polis hari ini.

Kedua-duanya ditahan selepas datang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub di sini bagi memberi keterangan susulan laporan polis kerana menghalang tugas penjawat awam.

Menurut kenyataan Samka dua individu berkenaan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Kami akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan mengemaskini maklumat terkini melalui Facebook dan media secepat mungkin,”kata kenyataan itu.

Semalam Kosmo! melaporkan polis akan mengambil keterangan lima individu termasuk Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui kerana menghalang tugas penjawat awam yang menjalankan operasi penebangan durian musang king di tanah kerajaan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman dilaporkan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Baru-baru ini sekumpulan pekebun durian mengadakan demonstrasi di pekan Klau di sini sehingga menyekat laluan penguat kuasa untuk melakukan operasi penebangan musang king haram.

Semasa kejadian kira-kira 50 orang bertindak menghalang laluan dengan membawa kain rentang sebagai tanda bantahan kerana memusnahkan tanaman durian yang disyaki ditanam kira-kira 30 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI