fbpx

Bergson hanya solusi sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON

PENYERANG import sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva hanyalah ‘solusi’ jangka pendek buat skuad Harimau Malaya sekiranya proses memberi kerakyatan kepada pemain kelahiran Brazil itu lengkap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pemerhati bola sepak tempatan, Profesor Madya Dr. Zulakbal Abd Karim berkata, aspek umur Bergson yang sudah mencecah usia 34 tahun bukanlah sesuatu yang ‘solid’ untuk diharapkan bagi mengisi jersi keramat No. 9 skuad kebangsaan nanti.

“Saya rasa kita sedang kesuntukan masa kerana aspek umur Bergson bukan lagi di usia muda. Kita tidak tahu daya tahan dia nanti apabila dapat menyarung jersi kebangsaan nanti macam mana.

“Dari segi daya tahan sebagai seorang pemain, kemudian ketangkasannya di atas padang juga pasti menurun. Justeru, saya anggap kehadiran Bergson hanyalah sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Apa yang penting, Bergson sempat untuk membantu skuad negara pada kempen kelayakan Piala Asia ketika ini jika sempat dinaturalisasi sepenuhnya nanti,” katanya.

Sebagai rekod, pemain berasal dari Brazil itu memberi petanda bakal dinaturalisasi selepas mengemas kini bendera Jalur Gemilang di profil Instagram miliknya sejak Februari lepas.

Malah, ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski turut menagih khidmat bekas penyerang skuad bawah 20 (B-20) Brazil itu jika proses dokumentasi selesai.

Difahamkan, Bergson yang sudah beraksi bersama Harimau Selatan sejak 2021 boleh dinaturalisasikan apabila cukup tempoh lima tahun beraksi di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI