Dr. Dzulkefly melawat salah seorang mangsa kebakaran saluran gas di Hospital Sultan Idris Shah, SerdangĀ hariĀ ini.

Kebakaran saluran gas: Simptom sesak nafas, serak suara segera dapat rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Mana-mana orang awam yang berada di sekitar kawasan insiden kebakaran saluran gas dengan mempunyai simptom seperti sesak nafas, lecur di kulit dan serak suara digalakkan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, individu yang mempunyai mana-mana simptom lain yang mungkin sukar dikenal pasti juga digalakkan segera berbuat demikian.

ā€œTakziah saya ucapkan kepada mangsa insiden letupan saluran gas yang menggemparkan kawasan Puchong pagi tadi.

ā€œSyukur ke hadrat Ilahi, insiden kali ini tidak meragut nyawa setakat yang kita ketahui,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, beliau dan isteri bersama isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa yang telah dirujuk ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang petang tadi.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga akan terus bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Jelas beliau, insiden itu turut mengejutkan pasukan yang bertugas, terutamanya pasukan yang menguruskan kecederaan lecur akibat kebakaran.

ā€œTerima kasih pengamal perubatan terutamanya klinik dan hospital swasta terdekat yang memberikan rawatan yang perlu kepada mangsa.

ā€œKesihatan negara perlu diuruskan menggunakan pendekatan seluruh negara #WholeOfNation meliputi awam, swasta dan sektor ketiga,ā€ katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN