fbpx
Kawasan pancing di waktu siang.

K2

Lepak pancing gelama di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagi geng saya pula, kami memilih memancing pada waktu malam selepas solat tarawih. Jika ikan galak, aktiviti memancing akan diteruskan sehinggalah waktu sahur, jika hasil kurang memberangsangkan, kami akan pulang awal.

Kebetulan pula di bulan puasa tahun ini, tiba-tiba kawanan ikan gelama muncul di persisiran pantai di Kelantan. Sememangnya peluang sebegini tidak akan dilepaskan.

Pada awalnya, kami memilih Pantai Cahaya Bulan untuk memancing ikan gelama, namun kami hampa apabila mendapati lokasi tersebut sudah dipenuhi pemancing dan suasananya seumpama acara pertandingan memancing pula – padat.

Memandangkan rakan saya tahu lokasi yang kurang dijejaki pemancing, maka kami berpindah tempat. Lokasi baharu ini terletak bersebelahan Pantai Cahaya Bulan sahaja iaitu di Pantai Kampung Baru.

Malam itu, hanya kami bertiga meman­cing di dalam suasana yang gelap, berbatu dan tiada pemancing lain. Berbekalkan lampu picit dan lampu telefon, kami meneruskan pancingan pada malam tersebut. Memancing dalam suasana se­perti ini takut juga kerana kita tidak tahu akan kehadiran haiwan berbisa seperti ular dan sebagainya. Jadi, berhati-hatilah hendaknya.

Memancing gelama ini mudah sahaja, lontarkan umpan dan tunggu. Jika kawanannya menghimpit kawasan labuhan umpan, sebentar sahaja sudah terasa getuannya di hujung joran. Terbaik, joran hendaklah sentiasa dipegang bukan dipacak dan dibiarkan begitu sahaja.

Biarkan ia menggetu umpan seketika, sehinggalah terasa getuan yang kuat, barulah joran disembat. Kadangkala boleh dapat dua atau tiga ekor sekali di perambut yang sama.

Malam itu, kami betul-betul berpesta dengan hasil gelama keseluruhannya hampir enam kilogram semuanya. Sekitar pukul 4.30 pagi, kami bersurai kerana hendak bersahur biarpun ikan masih galak membaham umpan.

Gelama bekok goreng panas.

Peralatan
Untuk memancing gelama ini, peralatan pertama yang perlu anda sediakan adalah joran panjang antara tujuh hingga 10 kaki. Tidak perlu joran ‘galah’ (surfcast rod) yang panjang berbelas kaki itu kerana getuan gelama halus sahaja, ia kurang terasa di joran yang keras.

Kekili pula memadai jenis mendatar (spinning) saiz 3000 ke atas. Tali utama daripada mono atau braided 15 paun (lb) ke atas. Batu ladung jenis hidup, bentuk buah kana untuk perambut bawah atau jenis bom untuk perambut atas dengan saiz batu ladung antara nombor lima hingga lapan mengikut kekuatan arus sudah mencukupi untuk memancing ikan gelama.

Saiz mata kail pula nombor 10 ke atas dengan stail paternoster atau apollo iaitu satu perambut ibu dengan dua atau tiga cabang perambut anak.

Umpan udang hidup amat disarankan, namun umpan udang mati yang dibuang kulit dan kepalanya serta dipotong dadu, hirisan sotong atau isi ikan dan perumpun adalah antara umpan alternatif yang boleh dicuba.

Menarik di pesisir pantai di sini, apabila masuknya musim gelama, bermakna ia juga musim pesta tangkapannya.

Bermacam jenis ikan gelama boleh dipancing serentak di tempat yang sama seperti gelama gigi, gelama birat, gelama bokok dan lain-lain.

Itu semua nama gelama mengikut panggilan di tempat saya, mungkin spesies gelama yang sama dipanggil nama lain di tempat anda. Biar apapun panggilannya, pancingan gelama ini sememangnya menyeronokkan di mana sahaja anda memancingnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN