fbpx
Seorang pelanggan mencuba baju Melayu untuk digayakan pada hari raya di sebuah premis di Jalan TAR, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Harga baju Melayu RM99 jadi RM189 kerana jenama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Baju Melayu serendah RM99 boleh menjadi semahal RM189 sepasang walaupun menggunakan fabrik dan jahitan yang sama apabila diletakkan label berjenama.

Itulah realiti yang berlaku ha­sil tinjauan Kosmo! di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan beberapa butik pakaian raya di sini semalam.

Rata-rata peniaga baju Melayu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) menawarkan sepasang baju Melayu dengan harga serendah RM99 hingga boleh mence­cah RM189 sepasang di butik, walhal jenis fabrik yang digunakan sama iaitu kain satin.

Di Jalan TAR didapati baju Melayu kain jenis kain satin menjadi pilihan lelaki di negara ini untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Ada yang sanggup bayar harga lebih tinggi daripada harga asal yang ditetapkan sebab mereka lebih mengutamakan jenama dan warna yang mereka nak tu terhad di pasaran.

“Ada juga pe­langgan yang lebih mengutamakan jenis kain yang mereka cari iaitu kain jenis satin dan poto­ngan slim fit paling dicari oleh pembeli,” kata seorang peniaga baju Melayu yang dikenali Fahmi, 30.

Sementara itu, seorang pekerja sebuah butik, Amirul, 28, menyifatkan harga baju Me­layu pada masa kini tidak munasabah dengan kualiti kain yang ditawarkan kerana terlalu banyak jenama lain yang bersaing.

“Saya rasa harga baju Melayu kami akan jatuh lebih murah kerana terlalu banyak saingan jenama lain, buat masa sekarang kami masih lagi tetapkan harga baju Melayu kami iaitu RM99,

“Biasanya pada akhir Ramadan, kami akan memberi promosi kepada pelanggan yang berkunjung ke butik kami iaitu sepasang baju Melayu boleh jatuh kepada RM69 sepasang,” ujarnya.

Dia berkata, jenama menjadi punca utama kenaikan harga baju Melayu yang ketara dan tidak logik menjelang raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN