fbpx

Tanggung dosa jual karipap, burger Malaysia inti ciput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemunculan peniaga ‘celup’ di bazar sentiasa meresahkan pengguna setiap kali tibanya bulan Ramadan. Gambar kceil contoh karipap inti oksigen. - Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Ramadan merupakan bulan yang dikatakan paling mewah dengan aneka juadah berbuka puasa yang dijual para peniaga di bazar-bazar di seluruh negara.

Kehadiran pelanggan yang ramai membuatkan rata-rata pengusaha makanan terbabit terutama yang bermusim mampu memperoleh keuntungan berganda selain masakan yang disediakan ‘licin’ dalam tempoh kurang tiga jam beroperasi.

Namun, perkara yang menguji kesabaran pengguna setiap kali tibanya Ramadan adalah situasi apabila ada peniaga cuba mengambil kesempatan dengan mengurangkan inti atau lauk pauk pada jualan kuih-muih dan masakan mereka.

Bayangkan, isi daging atau ayam di dalam karipap, roti john serta kuih burger Malaysia cuma diletakkan hanya secubit sedangkan harganya masih sama seperti biasa.

Sebagai pengguna, kami agak terkilan dengan adanya sikap peniaga yang sanggup menganiaya sesama Islam.

Mohon pihak berwajib memantau perkara ini pada setiap masa dan mengambil tindakan segera termasuk memberi amaran keras terhadap peniaga-peniaga berkenaan.

Tipu masuk neraka,
Batu Kawan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI