fbpx
Keadaan mayat dipercayai lelaki OKU mental yang dijumpai di dalam sebuah tandas terbengkalai di Bukit Keluang, Besut semalam.

Mayat OKU mental reput ditemukan dalam tandas terbengkalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Penduduk Bukit Keluang di sini gempar dengan penemuan satu mayat lelaki hampir reput di dalam sebuah tandas terbengkalai semalam.

Mayat lelaki yang disyaki orang kurang upaya (OKU) mental tersebut ditemui pada pukul 4.21 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, berdasarkan keadaan mayat itu yang sudah reput, pihaknya percaya mangsa telah meninggal dunia hampir seminggu lalu.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui namun siasatan awal percaya mangsa merupakan OKU mental yang dikatakan sering berkeliaran di kawasan tersebut.

“Begitupun kelibat mangsa didakwa sudah tidak dilihat sejak lebih seminggu lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Md. Sani berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati penemuan mayat tersebut tidak mempunyai elemen jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN