fbpx
Azam menunjukkan gambar kenangan keluarganya bersama arwah ayah ketika ditemui di Kampung Parit Eng Joon, Pontian semalam.

‘Ayah pergi sebelum sempat jamah ayam masak kicap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Perasaan hiba dan sedih dirasai seorang anak yang terpaksa menyambut 1 Ramadan hari ini tanpa kehadiran ayah tersayang yang meninggal dunia selepas terlibat nahas ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Pak Intan di sini kelmarin.

Mohd. Azam Husin, 32, berkata, arwah ayahnya, Husin Arsad, 72, juga tidak sempat menjamah makanan kesukaan iaitu sayur nangka masak lemak dan ayam kicap selepas terlibat kemalangan pada pukul 1 tengah hari itu.

“Ramadan kali ini sangat sunyi bagi kami sekeluarga, 10 tahun lalu ibu meninggal dunia dan kini ayah pula menyusul ketika
umat Islam bersiap untuk ber­puasa.

“Sejak akhir-akhir ini, ayah juga sering termenung dan mendiamkan diri walaupun bersama cucu-cucunya berbanding sebelum ini, arwah suka bergurau dan bermesra,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Eng Joon, Parit Sikom di sini semalam.

Menurut Azam, kejadian yang menimpa ayah itu berlaku ketika dia dalam perjalanan mengambil tiga orang anaknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekawan Desa, Parit Kahar, manakala arwah bersendirian ke masjid dengan memandu Perodua Kancil.

“Ketika dalam perjalanan balik, saya terima panggilan dari seorang kawan yang menyatakan ayah saya terlibat dalam kemalangan tidak berapa jauh dari masjid,” katanya .

Tambah Azam, selepas kematian ibunya 10 tahun lalu, dia tinggal bersama arwah ayah selain isteri dan lima orang anak.

“Pagi semalam (kelmarin), ayah sempat bersarapan dengan kawan-kawan di Pekan Kayu Ara Pasong dan tidak sangka pula dia terlibat kemalangan pada tengah harinya,” katanya.

Sementara itu, isteri Azam, Siti Nor Fazilah Suratman, 31, berkata, hasrat untuk membelikan baju Melayu berwarna biru buat arwah sempena Hari Raya Aidilfitri tidak kesampaian pada tahun ini.

“Tiada sebarang perubahan pada ayah mentua saya, tetapi dia banyak berdiam dan terme­nung, tidak seperti mana sebe­lumnya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari kelmarin melibatkan tiga buah kenderaan di KM1.7 Jalan Parit Sikom – Parit Panjang.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Honda Accord, sebuah Lexus dan sebuah Perodua Kancil yang dipandu mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN