fbpx

Penduduk seronok kutip ikan naik ke darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menangkap ikan di Pantai Paras Gempal, wilayah Jawa Barat semalam. - TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan beribu-ribu ikan naik ke darat di sebuah pantai di Indonesia, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di Pantai Paras Gempal, Banyuwangi dalam wilayah Jawa Barat. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bwi24jam.co.id menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan menangkap ikan-ikan yang melompat keluar dari permukaan laut. 

Malah, ada yang meletakkan ikan-ikan itu di dalam bekas atau plastik yang dibawa dari rumah. 

Ketua Pejabat Perikanan Banyuwangi, Suryono Bintang Samudra berkata, fenomena aneh itu dipercayai berlaku akibat perubahan musim atau pembiakan alga. 

“Ia bukan petanda bencana besar tetapi penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada,” tambah Suryono. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI