fbpx

Malaysia di kedudukan pertama ‘Halal Food Indicator’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Portal antarabangsa Statista meletakkan Malaysia di tempat pertama dalam ‘Halal Food Indicator’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Malaysia namun tidak boleh selesa dengan pencapaian tersebut.

“Kerajaan sedang meneroka Dasar Halal Negara 2025-2035 (DHN2035). Kita rungkai segala cabaran yang menjadi hambatan.

“Semua agensi kerajaan duduk semeja dalam Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) demi negara dan ummah. Transformasi Al-Falah bukan retorik, tapi usaha strategik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Na’im berkata, DHN2035 sebuah strategi jangka panjang yang bertujuan untuk mewujudkan ekosistem halal yang lebih holistik, inklusif dan kondusif.

Kata beliau, usaha untuk membangunkan Dasar Halal Negara 2035 menunjukkan komitmen kerajaan sebagai suatu strategi pembangunan negara ke arah kejayaan halal Malaysia menjelang tahun 2035.

“Oleh itu, pembangunan dasar ini dibina seiring dengan Pelan Tindakan Dasar Halal Negara 2025-2030 untuk merancang pelaksanaan di setiap peringkat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, sebanyak 77 peratus daripada 16,868 atau 10,434 permohonan halal disahkan halal dalam tempoh 30 hari.

“Cepat, tapi tetap jaga kualiti dan integriti. Yang lulus memang terjamin. Setiap permohonan perlu melalui Audit rantaian bekalan dan dokumentasi dari bahan mentah hingga produk siap. Pematuhan syariah dan integriti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI