fbpx

Mayat lelaki dalam tangki simpanan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tersebut ditemui oleh orang awam di pelantar terbabit petang tadi.

LUMUT – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor di sini petang tadi.

Balai Polis Pangkor menerima maklumat mengenai penemuan lelaki yang tidak sedarkan diri dalam tangki simpanan air daripada orang awam pada pukul 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, anggota Balai Polis Pangkor kemudian pergi ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri dalam tangki simpanan air tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.

Mayatnya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 dan hotline WhatsApp menerusi 014-6828005. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI