fbpx
DUA wanita Orang Asli suku Jahut sedang mengetam padi huma di Kampung Sungai Kiol di Jerantut.

Padi huma pun babi hutan mahu ‘kacau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Kira-kira 300 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Kiol di sini resah memikirkan bekalan padi huma yang semakin berkurangan ekoran gangguan berterusan daripada haiwan liar khususnya babi hutan.

Siti Aminah Jathi, 32, berkata, gangguan haiwan liar menyebabkan hasil padi huma yang menjadi keperluan makanan utama penduduk kian berkurangan.

Siti Aminah berkata, kira-kira 10 orang petani di situ yang menanam padi huma terpaksa berdepan ancaman kawanan babi liar dan burung setiap kali benih padi ditanam sehingga mengeluarkan hasil dalam tempoh lima bulan.

“Mahu tidak mahu kami me­nyalakan unggun api serta berjaga pada sebelah malam dan memasang ‘orang-orang’ waktu siang. Itu pun haiwan liar ber­kenaan masih menghampiri tanaman padi kami.

“Walaupun bergelut dengan ancaman haiwan liar dapat juga kami tuai dan peroleh hampir 200 guni musim ini. Hasil ini saya kongsi dengan kakak, Lina Sik yang sama-sama menanam padi huma seluas 0.8 hektar,”katanya kepada di Kampung Sungai Kiol dekat sini.

Seorang lagi penduduk, Siti Nurhaliza Libut, 50, berkata, tanaman padi huma merupakan pekerjaan warisan untuk keperluan dapur bagi menggantikan beras yang dijual di kedai runcit dan pasar raya yang semakin mahal.

“Padi yang dituai ditumbuk dengan lesung untuk simpanan makanan dalam tempoh antara tiga hingga lima bulan sebelum (benih) padi yang ditanam selepas ini matang dan boleh di­tuai.

“Begitulah kehidupan kami setiap musim bekerja menanam padi dan juga menanam sayur-sayuran sebagai keperluan dapur dalam tempoh berkenaan,” katanya.

Ujarnya, padi yang dituai bukan dijual dan hanya untuk keperluan makanan keluarga dan selebihnya disimpan sebagai benih untuk memulakan tanaman pada musim akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN