fbpx
Penduduk di Taman Aman, Kota Tinggi membersihkan kediaman akibat banjir semalam.

Penduduk Kota Tinggi risau gelombang kedua banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Penduduk di daerah ini bimbang berdepan gelombang baharu banjir di Johor yang dijangka bermula semalam hingga Sabtu ini.

Mangsa banjir, Azrin Iskandar, 37, dari Taman Aman, berharap gelombang kedua tidak berlaku kerana kebanyakan daripada mereka masih lagi terkesan de­ngan gelombang pertama banjir.

Katanya, kemusnahan harta benda dan kerugian akibat gelombang pertama banjir masih belum diuruskan dan kini terpaksa berdepan gelombang ke­dua pula.

“Dalam keadaan mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dan dibenarkan pulang sekejap untuk membersihkan rumah, kami dimaklumkan akan ada gelombang kedua pula.

“Kami harap ini tidak berlaku, namun saya sudah berkemas dengan meletakkan barang-barang di tempat tinggi sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir.

“Banjir kali ini berlaku secara mengejut dan air naik mendadak,” katanya ketika ditemui di PPS di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) New Kota di sini semalam.

Bagi G Sivabakeyam, 43, dari Taman Aman, banjir kali ini mengakibatkan perkakas dalam rumah dan kereta rosak akibat ditenggelami banjir kerana air naik begitu cepat.

“Ketika kejadian saya dan suami keluar bekerja manakala dua anak tiada di rumah. Banjir berlaku cepat dan kami tidak sempat memindahkan barang-barang dan kereta Perodua Kancil tenggelam.

“Kami masih bingung dengan kejadian yang berlaku dan tiada persediaan langsung berdepan gelombang kedua banjir,” katanya yang bekerja di sebuah restoran.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Pengerusi Bencana Daerah, Miswan Yunus berkata, bekalan ke­perluan di PPS jika dibuka lagi di daerah ini mencukupi untuk mangsa banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN