fbpx
Seekor harimau dahan ditangkap selepas masuk perangkap di Kampung Pak Sik, Besut kelmarin.

Harimau betina akhirnya makan umpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Kebimbangan penduduk Kampung Pak Sik tentang kemunculan seekor harimau dahan sejak Ahad lalu berakhir apabila haiwan buas terbabit berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.

Harimau dahan betina itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan di dalam sebuah kebun milik penduduk pada pukul 8 pagi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah menerima aduan kemunculan harimau dahan be­tina itu pada Ahad lalu.

“Kami terus memasang pe­rangkap pada hari sama sebelum haiwan liar seberat 20 kilogram terbabit memasuki perangkap dua hari kemudian.

“Harimau dahan sebenarnya merupakan spesies haiwan yang jarang ditemui di Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kean Seong berkata, pihaknya percaya haiwan liar itu tersesat memasuki perkampungan tersebut dari hutan berhampiran.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati harimau dahan itu dalam keadaan sihat dan stabil.

“Haiwan tersebut akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN