fbpx
Sebahagian makanan tular yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. - Gambar hiasan

‘B40 saja mampu makan coklat cicah berharga RM60’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sebulan dua ini kecoh di media sosial mengenai makanan tular yang dijual dengan harga kayangan terutama di festival makanan.

Terkena tempiasnya adalah penyanyi Mark Adam yang menjual tiga cucuk sate berbalut kulit popia dan kuah kacang dengan harga RM22 percuma air berwarna biru.

Ramai yang kata produk sebegitu sudah lama berada di francais sate terkenal di negara ini cumanya produk itu tidak sepopular sate biasa dengan lidi.

Sate berbalut kulit popia sejuk beku di francais terkenal itu dijual pada harga RM7 dan RM9 untuk 10 biji popia ayam atau daging.

Ramai juga pempengaruh media sosial menanguk di air keruh isu sate berbalut popia ini yang mendakwa harganya adalah tidak masuk akal sebanyak RM19 hingga RM22 hanya untuk tiga cucuk.

Secara tidak langsung kontroversi sate popia Mark Adam ini telah mendapat iklan percuma di media sosial termasuk popia sate francais terkenal itu juga.

Ramai orang baru tahu kewujuddan produk itu di cawangan sate terkenal sehingga laku keras dan habis stok kerana ingin mencuba dengan harga mampu milik.

Ramai mahu mencuba 10 cucuk dengan harga RM10 bagi daging dan RM7 sahaja untuk ayam walaupun produk itu telah berkurun lama di pasaran.

Satu lagi kisah tular adalah pencuci mulut berasaskan coklat yang dijual dengan harga kayangan, terdahulu tular aiskrim kon premium dijual dengan harga RM18.

Minggu lalu, pemiliknya memperkenalkan lagi satu produk pencicah coklat premium berharga RM60. Coklat tiga lapisan itu didakwa harga tidak masuk akal kerana didakwa terlalu mahal.

Apa-apa pun nasihat penulis, beli lah apa pun, makan lah apa pun, kesihatan kena jaga.

Menurut statistik pada 2019, Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia dan antara negara dengan jumlah pesakit diabetes yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi.

Hampir satu daripada lima individu di Malaysia menghidap kencing manis.

Jumlah ini jika dikira secara purata melibatkan hampir 3.9 juta individu dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes.

Angka itu jangan dipandang sebelah mata, jangan menjadi hamba makanan sampai beratur panjang di festival makanan demi kunafa, coklat meleleh dan sebagainya.

Orang kita sejak beberapa tahun ini sanggup berhabis RM200 (hasil tinjauan rambang media sosial) hanya di festival makanan demi makanan tular.

Ada yang kata orang T20 tidak beratur sampai sesak kejiranan di festival makanan, kerana yang pergi ke situ adalah golongan B40 yang sukakan benda tular.

Jangan menjadi hamba makanan dan diusia muda sudah kena pelbagai penyakit termasuk sudah kena dialisis seawal 20-an. J

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN