fbpx
PESAWAT Jeju Air yang terhempas mengorbankan 179 mangsa.

Teliti kes Jeju Air, jangan biar berlaku kepada kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dua nahas udara yang meragut lebih 200 nyawa membabitkan pesawat Embraer 190, Arzebaijan Airlines dan Boeing 737-800 milik Jeju Air ketika tahun 2024 hampir melabuhkan tirai menggemparkan industri penerbangan dunia.

Dalam tragedi membabitkan pesawat Arzebaijan Airlines pada 25 Disember lalu, seramai 38 orang terkorban dan 29 selamat, manakala nahas membabitkan Jeju Air pula seramai 179 orang maut. Hanya dua terselamat.

Di sebalik dua nahas yang meragut banyak nyawa itu, dua lagi kejadian yang hampir serupa dengan nahas Jeju Air turut berlaku di Oslo, Norway pada 28 Disember lalu, membabitkan sebuah pesawat Boeing 737-800 milik KLM yang turut tergelincir daripada landasan sewaktu melakukan pendaratan cemas.

Mujur semua 182 penumpang dan krunya selamat.

Selang sehari selepas itu pula, satu lagi kejadian membabitkan pesawat Dash 8-400 milik Air Canada yang membawa 80 penumpang juga tergelincir daripada landasan di Halifax, Nova Scotia akibat gear pendaratan yang gagal berfungsi sehingga menyebabkan pesawat terbabas dan terbakar.

Ironinya, berdasarkan maklumat awal, tiga daripada empat kejadian tersebut berlaku akibat masalah teknikal ketika hendak mendarat. Dua daripadanya pula membabitkan pesawat Boeing 737-800 yang banyak digunakan di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia.

Malaysia Airlines dan Batik Air antara yang banyak menggunakan pesawat itu.

Seharusnya syarikat pengendali pesawat tersebut meneliti dua kejadian yang berlaku dengan lebih dekat dan mengambil segala langkah perlu supaya masalah yang sama tidak berlaku kepada kita.

Memang tidak dinafikan negara kita mempunyai standard keselamatan penerbangan yang ketat dan diiktiraf antarabangsa, namun masalah teknikal sebenarnya sering kali berlaku membabitkan pesawat-pesawat milik syarikat-syarikat penerbangan tempatan atau asing yang beroperasi di negara ini. Cuma mungkin ia terlalu kecil atau tidak didedahkan kepada
liputan media.

Malah, terbaharu, pesawat Airbus A330-900 neo milik Malaysia Airlines yang baru sahaja tiba tidak terlepas daripada masalah ini apabila terpaksa digantung operasinya buat seketika.

Kita tidak nafikan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau operator-operator penerbangan yang beroperasi di negara ini sentiasa mengutamakan dan memberi perhatian amat berat terhadap aspek keselamatan bermula daripada sekecil-kecil isu sehinggalah ke sebesar-besar prosedur yang perlu dipatuhi.

Namun, kepada pihak-pihak yang melaksanakan prosedur-prosedur keselamatan ini, tidak kiralah di peringkat mana sekali pun diingatkan supaya jangan terleka walau sedikit pun.

Jangan lalai, kerana jika seorang sahaja ‘tercuai langkah’ gagal mengikuti prosedur keselamatan yang ditetapkan, ia mungkin boleh mengundang bala yang besar.

Cukuplah dengan hanya tragedi MH370 dan MH17. Walaupun ia boleh dikatakan bukan kesilapan kita 100 peratus, namun dua kejadian itu benar-benar memberi kesan buruk kepada industri penerbangan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN