fbpx
Mohd. Nordin menunjukkan kawasan rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang masih digenangi banjir termenung.

‘Hari-hari kena hadap air busuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Penduduk di kampung Tersang di sini hidup dalam keadaan resah apabila terpaksa menghidu bau busuk banjir termenung yang masih bertakung di kebanyakan kawasan sejak lebih seminggu lalu.

Keadaan itu turut membimbangkan penduduk setempat apabila mereka berisiko terkena penyakit bawaan air apabila banjir berwarna kehitaman sedalam 0.3 meter masih menggenangi kawasan rumah mereka.

Seorang penduduk, Zubaidah Awang Senik, 67, berkata, dia tiada pilihan lain apabila terpaksa mengharung air yang busuk untuk pulang ke rumahnya kerana terletak jauh dari jalan utama.

Menurutnya, bot atau sampan tidak boleh melalui kawasan yang cetek sehingga memaksa dia dan ahli keluarga untuk meredah air banjir termenung.

“Saya pakai kasut but getah kerana bimbang kaki gatal sekiranya meredah banjir termenung dengan selipar.

“Sekiranya air tidak kering dalam tempoh seminggu lagi, kemungkinan penduduk di sini terdedah dengan pembiakan ­nyamuk sehingga boleh menyebabkan penyakit denggi,” katanya ketika ditemui di Kampung Tersang di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd. Nordin Yusof, 53, berkata, banjir di kampung itu berlaku pada 27 November lalu dan air masih belum surut sepenuhnya sehingga hari ini meskipun cuaca semakin baik sejak kebelakangan ini.

Katanya, penduduk terpaksa membina titi untuk mengelak daripada mengharungi banjir termenung yang kotor.

“Saya lihat banyak lintah dan cacing di dalam  banjir termenung. Ia boleh membawa penyakit sekiranya banjir lambat surut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN