Seorang wanita mendedahkan dia merotan anak kandungnya kerana disangka menabur fitnah terhadap suami baharu. - GAMBAR HIASAN

‘Hampir buang anak sebab suami muda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan dia hampir ‘membuang’ anak kandungnya yang ketika itu berusia 11 tahun kerana menyangka kanak-kanak tersebut mereka-reka cerita suami baharunya melakukan perbuatan tidak senonoh.

Mengimbau detik hitam tujuh tahun lalu, pegawai pemasaran dikenali sebagai Zue, 43, berkata, sekiranya diberikan peluang, dia menyesal menyalahkan zuriatnya atas perlakuan kejam suami yang ketika itu berusia 26 tahun.

“Saya tidak sangka suami yang luarannya nampak penyayang rupa-rupanya ‘pemangsa’ di rumah. Sewaktu mula-mula berkenalan, dia pandai melayan anak walaupun muda.

“Cara dia mengambil hati anak membuatkan saya terbuka hati untuk berkahwin semula selepas hampir tiga tahun hidup bergelar ibu tunggal,” katanya.

Cerita Zue, anaknya itu pernah menjauhkan diri daripada suaminya sebelum ini, namun dia tidak mengesyaki apa-apa. Remaja itu juga pernah mengadu dia ‘disentuh’ oleh bapa tirinya.

Zue mengakui dia pernah beberapa kali memarahi dan memukul anaknya dengan rotan kerana rimas dengan aduan yang dibuat anaknya.

“Sampai satu masa, anak menangis hampir seminggu dan tidak mahu keluar bilik. Yang peliknya dia takut dengan bapa ti­rinya. Selepas dipujuk baru anak ceritakan kejadian sebenar. Saya juga hampir ‘buang’ anak dan terfikir untuk letakkan dia di rumah kebajikan atau pondok.

“Ketika itu saya ingat suami tidak sengaja sehinggalah saya melihat perbuatan terkutuk itu depan mata.

“Tiga bulan kami tinggal secara berasingan. Saya bawa anak keluar dari rumah tersebut dan nekad bercerai pada awal tahun 2018,” katanya.

Tambah Zue, sehingga kini anaknya berdepan trauma berpanjangan walaupun sudah berusia 18 tahun.

“Kehidupannya tidak seperti remaja lain, dia takut berjumpa orang luar terutamanya lelaki dan tidak berkawan dengan sesiapa. Dunianya hanya dalam bilik,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan kes sumbang mahram semakin membimbangkan apabila jumlahnya terus meningkat setiap tahun dengan 996 kes dilaporkan sejak 2021 hingga Oktober lalu.

Lebih menjijikkan, ada kanak-kanak seawal usia di bawah enam tahun turut menjadi mangsa ahli keluarga terutama bapa kandung yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kebanyakan kes berlaku di rumah sendiri apabila si pelaku mengalami ketagihan seks dan bahan pornografi serta mempunyai masalah kewangan.

Berita berkaitan: Ibu ‘pejam mata’ sebab takut kena cerai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN