fbpx

Wanita mengamuk ditegur rakam wayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita mengamuk dan meludah ke arah perakam video. - X 

JAKARTA – Perbuatan seorang wanita yang mengamuk selepas ditegur kerana merakam tayangan filem di dalam pawagam menerima kecaman orang ramai, lapor portal Abata News semalam. 

Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @akbarry menunjukkan wanita itu menjerit dan menengking lelaki yang menegurnya. 

Dia juga meludah ke arah perakam video kejadian itu dan enggan meminta maaf. 

“Kamu jangan menuduh sembarangan! Buktinya di mana? Merakam itu selalunya dari awal filem sampai akhir!” jerit wanita itu dalam video tersebut. 

Bahkan, dia mengugut untuk melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.7 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen. 

“Manusia yang tak mahu mengaku bersalah, dasar wanita tidak munasabah!” marah seorang netizen. 

“Merakam sahaja sudah bersalah, percakapan pun tidak ,malah sempat meludah!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI