fbpx

KPM kenal pasti kos kerosakan sekolah terlibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina merasmikan program Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti kos kerosakan sekolah-sekolah yang terlibat dalam gelombang pertama banjir yang berlaku di sembilan negeri, baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya turut membuat persiapan untuk berdepan dengan segala kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

“Gelombang pertama kita dah ada bilangannya cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos kerosakanyang terlibat,” kepada pemberita selepas menyertai program Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, pihaknya telah mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan ujian amali Sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal berlangsung lancar.

“Esok (Isnin), Selasa dan Khamis ada Ujian Amali Sains dan diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (16 hingga 19 Dis) dan saya berpuas hati semua persiapan dalam keadaan yang sangat baik,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI