fbpx

12 mangsa korban banjir gelombang pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) semasa tiba di Taklimat Banjir PKTK Bagi Daerah Pasir Mas di Balai Polis Repek, Pasir Mas hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PASIR MAS – Seramai 12 mangsa menjadi korban bencana banjir gelombang pertama yang melanda seluruh negara baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, Kelantan mencatatkan lima kematian melibatkan mangsa berusia setahun, 35 tahun serta tiga warga emas berusia 64, 72, dan 78 tahun.

Menurut beliau, tiga lagi kematian masing-masing direkodkan di Terengganu dan Kedah.

“Tiga mangsa berusia 16, 34, dan 66 tahun menjadi korban banjir di Terengganu. Di Kedah pula melibatkan mangsa berusia dua tahun, 19 dan 46 tahun.

“Seorang lagi mangsa berusia 74 tahun meninggal dunia sewaktu banjir di Sarawak,” katanya pada sidang akhbar selepas Taklimat Banjir Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Bagi Daerah Pasir Mas di Balai Polis Repek di sini hari ini.

Ayob Khan memberitahu, statistik kematian mangsa akibat banjir itu direkodkan bermula 19 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI