fbpx

Zii Jia, jurulatih akhirnya berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal mendapat sentuhan jurulatih baharu selepas Tat Meng tidak menyambung kontraknya yang berakhir 31 Disember ini. - AFP

JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia sedang mencari jurulatih baharu selepas Team LZJ mengumumkan pengarah kejurulatihannya, Wong Tat Meng sah tidak lagi bersama mereka musim depan.

Perkara itu diumumkan Team LZJ bahawa Tat Meng memutuskan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya dan akan meninggalkan pasukan tersebut selepas kontraknya tamat pada 31 Disember 2024.

Sejak menyertai Team LZJ pada Julai tahun lalu,Tat Meng memainkan peranan penting dalam memulihkan prestasi Zii Jia sehingga kembali ke kelompok 10 pemain terbaik dunia.

Sepanjang tempoh tersebut, Tat Meng turut membantu Zii Jia meraih beberapa kejuaraan dan membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

“Jurulatih (Tat Meng) akan terus berkhidmat bersama Team LZJ sehingga kontraknya tamat secara rasmi pada 31 Disember 2024 dan kini sedang mempersiapkan Zii Jia menghadapi Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China akan datang.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tat Meng atas kerja keras, dedikasi, serta kebijaksanaan dan bimbingannya sepanjang bersama Team LZJ,” menurut kenyataan itu.

Team LZJ turut mendedahkan mereka bakal melantik jurulatih baharu dan pengumuman tersebut akan dibuat tidak lama lagi.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat pada masa yang sesuai. Pasukan juga sedang membuat persiapan bagi musim 2025 dengan mengambil kira Sukan Olimpik yang akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI