fbpx

Mangsa banjir di 7 negeri kini 21,039 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri menurun kepada 21,039 orang daripada 6,630 keluarga setakat pukul 3 petang ini.

Negeri yang terjejas adalah Kelantan, Kedah, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, dan Pahang.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 15,004 orang daripada 4,747 keluarga.

Kedah berada di tempat kedua dengan 4,819 mangsa daripada 1,527 keluarga diikuti Johor dengan 800 mangsa daripada 231 keluarga.

Melaka pula mencatatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga, manakala Terengganu merekodkan 135 mangsa daripada 41 keluarga.

Perak mencatatkan 126 mangsa daripada 43 keluarga, sementara Pahang merekodkan bilangan mangsa paling rendah iaitu 15 orang daripada lima keluarga.

“Sebanyak 98 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi setakat pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI