fbpx

Dewan Negara: Tiada cukai baharu dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, sebaliknya memfokuskan kepada peningkatan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.

Kementerin Kewangan (MoF) berkata, fokus kerajaan ketika ini juga adalah melaksanakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025.

“Kerajaan terlebih dahulu akan mengambil kira keperluan hasil, kedudukan ekonomi semasa, struktur, batasan dan cabaran sistem percukaian negara secara keseluruhan.

“Ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan dan lebih penting adalah kesan dan kesediaan rakyat,” kata MoF menerusi jawapan bertulis kepada Dewan Negara di sini hari ini.

Mof menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Vell Paari Tun yang mahu tahu sama ada kerajaan merancang untuk memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, MoF memberi jaminan kerajaan akan memastikan langkah-langkah cukai diumumkan bersifat progresif, mudah ditadbir dan tidak memberi impak negatif kepada kos sara hidup.

Tambah MoF, kerajaan akan turut memastikan langkah cukai yang membantu pertumbuhan ekonomi dan pada masa sama dapat menjana hasil yang mampan kepada kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI