fbpx

[VIDEO] Air kotor, Taman Fairpark dilanda banjir kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan Taman Fairpark di Ipoh, Perak dilanda banjir dipercayai kali pertama, hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsi penduduk di media sosial, situasi di kawasan terbabit menunjukkan keadaan air banjir termenung.

Lebih membimbangkan, air banjir yang menenggelami kawasan perumahan di situ turut dilihat tercemar selain dipenuhi dengan sampah.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 126 mangsa banjir direkodkan di Perak, setakat pukul 4 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, ia melibatkan beberapa kawasan di Taiping dan Kinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI