fbpx

Lelaki ditahan disyaki bakar pelantar ikan di Pantai Remis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN pelantar ikan di Pantai Remis awal pagi tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

LUMUT – Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan khianat membakar tiga pelantar ikan di Pantai Remis dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman, memberitahu lelaki berusia 64 tahun dan dipercayai kurang siuman, ditahan di Jalan Pelantar, Pantai Remis, hasil maklumat orang ramai.

“Terdahulu, polis menerima maklumat kira-kira pukul 1.30 pagi mengenai kejadian itu dan kebakaran tersebut berjaya dikawal oleh pihak bomba,” jelasnya di sini hari ini.

Menurutnya, pemilik membuat laporan polis dengan menganggarkan kerugian kira-kira RM470,000.

Terangnya, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati punca kebakaran adalah akibat perbuatan khianat oleh individu yang dikenali oleh pemilik premis.

Beliau memberitahu, menerusi rakaman CCTV itu didapati suspek membakar pelantar tersebut menggunakan bahan bakar dipercayai petrol kira-kira pukul 1 pagi dan melarikan diri sebaik kebakaran berlaku.

Tegas beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI