fbpx
HARGA buah sawit yang melambung tinggi ketika ini mendorong kejadian curi di ladang milik peneroka.

Orang solat Jumaat, dia curi sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Ketika peneroka lain mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM24,000 bagi tuaian 20 tan ha­sil kelapa sawit ekoran kenaikan harga pada masa ini, peneroka di Felda Kota Gelanggi dan Jengka 10 di sini mengalami nasib sebaliknya setelah hasil sawit mereka dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa ini, harga buah tandan segar (BTS) sawit mencecah RM1,200 bagi satu tan metrik berbanding RM800 hingga RM900 sebelum ini.

Ekoran kecurian tersebut, ada dalam kalangan peneroka di situ hanya memperoleh hasil sawit kurang daripada 10 tan metrik, malahan ada yang lebih teruk mendapat dua tan metrik sebulan.

Ketua Peneroka Felda Jengka 10, Jantan Mat Saman berkata, masalah kecurian buah sawit sememangnya membelenggu pe­neroka sejak sekian lama.

Katanya, penjenayah biasanya mencuri pada waktu tertentu seperti ketika solat Jumaat dan mengambilnya dalam jumlah yang banyak hingga peneroka mengalami kerugian besar.

“Dipercayai ada yang mengguna motosikal untuk bawa buah sawit dan ada yang guna kereta, selain trak pikap serta lori.

“Dengan adanya pusat timbang sawit swasta di kawasan tersebut, kami bimbang kes kecurian akan bertambah rancak ketika harganya kini melambung,” ujarnya.

Seorang peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Osman Ahmad,73, berkata, isu kecurian hasil sawit sememangnya membelenggu dan meresahkan golongan ­peneroka.

Katanya, hasil sawitnya yang diperolehnya pada masa ini kurang daripada 10 tan yang dipercayai dicuri.

“Pada bulan lepas, saya hanya dapat dua tan metrik.

“Saya pernah nampak sebuah trak pikap keluar dari kawasan ladang milik saya dan mereka mengatakan buah itu diambil dari ladang yang dipajak oleh mereka,” katanya.

Menurutnya, isu kecurian sememangnya membelenggu dan meresahkan golongan peneroka kerana ia berlarutan.

“Saya harap pihak berkuasa dapat membantu kami dengan lebih kerap melakukan rondaan di kawasan ladang di situ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN