fbpx

Rangka pesawat tular tersadai bukan milik TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular rangka pesawat berada di sebuah pelabuhan.

KUALA LUMPUR- Rangka pesawat yang tular di media sosial bukan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan video dan gambar memaparkan rangka pesawat dengan mengatakan ia jenis F-5E buatan Amerika Syarikat itu telah tular di beberapa platform media sosial iaitu Facebook, TikTok dan X.

“Pihak TUDM juga ingin menjelaskan bahawa semua pesawat milik TUDM berada dalam pegangan TUDM dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM.

“Pihak TUDM menyeru agar tidak dilanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 10 saat dan gambar memaparkan beberapa pesawat pejuang tersadai dipercayai berada di sebuah pelabuhan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI