fbpx

Piala Malaysia: Juara bertahan, JDT berdepan undian mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan rasmi 16 pasukan selepas berakhir undian Piala Malaysia sebentar tadi. - Infografik ihsan MFL

PETALING JAYA – Juara bertahan Piala Malaysia musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tiada masalah untuk melangkah jauh selepas diundi dalam laluan mudah pada saingan berprestij itu musim ini.

Skuad Harimau Selatan telah diundi menentang kelab Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers dengan format aksi timbal balik.

Sementara itu, finalis edisi 2023, Terengganu FC (TFC) turut diundi menentang kelab bertaraf semi pro, Melaka FC pada pusingan 16 terbaik nanti.

Sementara itu, misi Selangor FC untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-34 tampak berliku apabila diundi menentang Sri Pahang.

Pasukan yang kini berada di tangga ketiga Liga Super, Sabah pula akan berdepan  satu lagi wakil Liga A1, Putrajaya Athletic FC.

Mengikut perancangan pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), aksi pembuka tirai Piala Malaysia dijadualkan bermula pada 20 November depan tetapi tertakluk kepada perubahan.

Pasukan yang tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir secara automatik akan bersaing dalam kancah Piala Cabaran MFL. – KOSMO! ONLINE

 

UNDIAN PENUH PIALA MALAYSIA 

 

JDT lwn KL Rovers

TFC lwn Melaka FC

Selangor FC lwn Sri Pahang

Sabah FC lwn Putrajaya Athletic

PDRM FC lwn NSFC

KL City lwn KDA FC

Perak FC lwn KDN FC

Kuching City lwn Penang FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI